Mar 27, 2017

Feb 13, 2013

Kedai Kapal Perang (110213)

Kopi-O satu!!

11/2/2013; Isnin ; 6pm.

                     Tiba di kedai Kedai Kapal Perang, lokasi adalah di tepi pantai Lumut Perak (sebelah Kelab kapal layar).
Aku saje je namakan tempat nih Kedai Kapal Perang, sebab berdepan dengan tempat makan nih ada sebiji Kapal Perang milik TLDM. Kapal nampak macam diselenggara dengan baik.

                     Aku saje tepek gambar kat bawah ni sebagai bukti. Kalau sekarang korang pergi, depan kapal ni dah ade bendera Malaysia.
Tempat makan, tak best sangat la. First time datang pun aku sakit hati gak pasal tak organize. Tapi lokasi memang unik dan nyaman.
 





Feb 1, 2013

Riadah Bajet (010213)

1 February 2013

Riadah : Taman Burung Kuala Lumpur

Lokasi : Sekitar Masjid Negara 

Pengangkutan : Kura-Kura Kelabu

Tiket : RM 1.00 per pax

      Perjalanan bermula 3.30pm, selepas balik dari solat Jumaat.Seperti yang telah dipersetujui parlimen, destinasi ialah Taman Burung Kuala Lumpur.



      Sebab utama lokasi ini menjadi pilihan ialah  
"Tiket istimewa Hari Wilayah RM 1.00" 
 khas untuk pemegang MYKAD!!!
      
      Hari biasa harga yang ditawarkan ialah :
  • Dewasa RM48.00
  • Kanak - kanak RM38.00
Penjimatan Berjaya!!
Penemuan di Taman Burung Kuala Lumpur 

 Burung - burung berkeliaran di dalam taman, semua jinak2 dan beradab sopan. Ni hanya pemandangan di pintu masuk. Kawasanya amat luas dan banyak lagi burung - burung yang disajikan disini.

Ok, itu saja setakat ini. Harap ada lagi tempat - tempat menarik untuk dilawati hujung minggu ini.

Sekian Termia Kasih.